Rahsia Pyra | Bahagian 2

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM

Jika kita perhatikan proses penciptaan manusia kita akan dapati betapa eratnya hubungan antara unsur-unsur alam dan bumi dengan unsur-unsur di dalam diri manusia.

Alam adalah jagat raya yang memiliki keseimbangan sunnatullah yang telah ditetap dan diperincikan. Dalam keseimbangan inilah manusia dapat melestarikan berbagai manfaat alam bagi kehidupannya. Oleh kerana itu, manusia perlu menguasai pengetahuan tentang rahsia dan keseimbangan alam.

Alam diciptakan Allah SWT untuk dimanfaatkan bagi kehidupan. Ini tidak bererti bahawa manusia dapat menggarap alam secara sewenang-wenangnya. Ertinya, pemanfaatan alam harus menitikberatkan prinsip keseimbangan dan kelestariannya.

Di dalam keseimbangan alam yang terpelihara, berbagai kewujudan makhluk dicipta dan dibiarkan berinteraksi agar putaran kehidupan dapat berfungsi secara tersusun sehingga terciptanya kedamaian bagi manusia dalam hubungannya dengan alam. Jadi, keserasian akrab manusia dengan alam merupakan salah satu keperluan penting bagi terwujudnya  harmonian dalam kehidupan.

Maka manusia harus memelihara dan menjaga kebersihan persekitaran agar tetap murni dan bersih bagi kehidupan yang sejahtera selamanya.

Formulasi Allah yang maha mencipta keatas segala akan sesuatu telah menciptakan air untuk segala kehidupan dikelilingi melalui zat molekul berbentuk gas hidrogen dan oksigen, yang kita rasakan zatnya bagaikan Angin. Air merupakan satu-satunya zat cecair yang secara alami meliputi hampir tujuh puluh satu peratus permukaan bumi. Cahaya dari matahari yang membuat kita menampakkan ianya sebagai zat air yang bentuk mencurah bagaikan hujan. Matahari pula bagaikan api yang membakar dan meluap habanya untuk membentuk menjadi awan-awan di langit, yang kemudiannya matang untuk mencurah semula dalam bentuk yang kita namakan hujan. Allah yang menentu akan segala semulajadinya.

Sifat Air adalah tenang, penawar tiada warna ataupun semulajadinya sakinah hidupnya dengan ciptaan Allah Maha Agung yang kita tidak melihat ion positif dan negatifnya.

Kita Memerlukan Air Untuk Hidup

Kita Memerlukan Air Untuk Hidup

Melainkan hanya Allah mengambarkan keujudannya ion-ion ini melalui kematangan sel-sel awan ciptaan Allah yang cukup menakjubkan manusia yang menamakan kilat dan petir bagaikan bebola api yang keluar dari sel-sel awan yang mengandungan jutaan ion positif dan negatif bergeserangan sehingga mengeluarkan cahaya yang dinamakan kilat dan dentumannya dinamakan petir. Ada ketikanya membawa maut kepada kehidupan manusia mahupun binatang.

Hanya Allah yang maha berkuasa mencipta menunjuk kebesarannya, dimana manusia tidak dapat mencipta seketul sel awan pun, manusia hanya mampu melihat dan mendapat rahmat bagaikan hujan yang turun dari langit, mata air yang keluar dari perut bumi dan Allah juga boleh dalam sekelip mata menukar suasana alam sekitar mengikut kehendaknya. Oleh itu yang janganlah kita takbur dengan perintahnya.

AIR merupakan unsur terpenting di dalam kehidupan yang mengandungi lebih tujuh puluh peratus dalam tubuh badan manusia. Air digubahkan sebagai pelarut di dalam sistem penghadaman. Ia membantu melembutkan dan melumatkan makanan, membekal cecair untuk memudahkan pergerakan bahan-bahan di sepanjang saluran penghadaman. Darah yang mengandungi sembilan puluh peratus air akan mengumpul sisa-sisa buangan daripada sel dan membawanya ke paru-paru, hati, buah pinggang atau kulit untuk pembuangan. Air juga melicinkan penyingkiran melalui usus.

Air juga bertindak sebagai pelincir bagi sendi-sendi dan di antara organ-organ dalaman menolong mengawal suhu badan. Keperluan sumber air bergantung kepada keperluan individu. Setiap individu mempunyai berlainan keperluan yang dipengaruhi alam sekitar dan aktiviti fisikal. Lazimnya, seorang dewasa memerlukan satu liter air untuk setiap penggunaan 1000 kilokalori metabolisasi. Disyorkan mengambil sekurang-kurang dua hingga 3 liter air sehari. Pengambil air samada air kosong atau air minuman seperti tea atau kopi secara tidak langsung mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium,dll. Mineral adalah sangat penting untuk tubuh manusia. Untuk mempertahankan kehidupan, badan mestilah menngekalkan suhu badan yang mantap dan nilai pH cecair badan yang berterusan yang sedikit menjurus kepada alkali pada julat yang ketat iaitu 7.3 hingga 7.45pH.

TANAH

Zat-zat Allah yang lain secara alaminya, tanah yang mengandungi pelbagai logam kimia yang mempunyai tarikan berpusat dalam perut bumi berbentuk glob dimana terdapat gunang-ganang, tumbuhan-tumbuhan dan kutub utara-selatan, dikelilingi zat yang lain berbentuk gas atau dinamakan udara dan dipancari dengan zat cahaya dari matahari bagaikan api membakar, jika tidak dilindungi zat-zat gas lain seperti carbon dioxide, ozone yang Allah ciptakan dengan fungsi yang tertentu, tidak akan dapat memberi keselesaan kehidupan yang dinamakan makluk, Allah memcipta manusia dan haiwan-haiwan lain melalui segumpal tanah bermula dengan nabi Allah Adam.

Allah cipta suasana iklim bermusim dengan suhu berbeza untuk menyesuaikan kehidupan dari zat-zat yang diciptanya. Air sebahagian besar terdapat di laut dan pada lapisan-lapisan ais (di kutub dan puncak-puncak gunung).

Keindahan Gunung-Ganang Ciptaan Allah

Keindahan Gunung-Ganang Ciptaan Allah

Tidak terfikirkah manusia mengapa Allah menutupi hampir tiga perempat glob bumi ini dengan sebahagian besarnya dinamakan laut atau lautan dan zat airnya masin.

Allah cipta daya tarikan berpusat yang dinamakan unsur-unsur positif dan negatif yang dinamakan magnet. Dengan zat kimia ini, daya fikiran manusia mula memcipta segala keperluan untuk kesenangan kehidupan. Sebut sahaja apa-apa yang bersifat baharu ciptaan manusia akan bermula dengan unsur positif dan negatif, ada kebaikan dan keburukannya. Contoh yang paling nyata, bahan ciptaan elektrik pada asasnya mesti ada polarisiti positif dan negatif untuk menjana tenaga cahaya, begitu juga segala yang lain ciptaan manusia melalui logam kimia.

Melalui asas ini, Allah mencipta proses putaran air melalui sejatan kepanasan matahari, penguapan nisbah gas hydrogen dan oksigen, Allah cipta awan memuteh meliputi bumi dengan berbagai nama diberikan manusia mengikut ketinggian dasar bentuknya yang indah mata memandang, membantu menjana keselasaan kehidupan berteduh dibawahnya. Pada hakikinya putaran ini bergerak mengikut suatu siklus air melalui penguapan, ada unsur positif dan negatif caj didalamnya yang membentuk sehingga menjangkau ketinggian yang matang awan itu yang mengeluar ketulan ais yang tidak dinampak mata kasar manusia, sehinggakan cahaya kilat-petir bersabung ciptaan Allah untuk menunjukknan keesaanya., keagungannya dan kesempurnaannya yang mana manusia tidak dapat memciptanya. Maka hujan panas akan berlaku di wilayah tertentu kerana prosesnya terlalu cepat mengikut keadaan iklim suhu di wilayah itu. Dengan ini pengaliran air ini akan terbentuklah sungai-sungai, jika ianya turun kebiasannya di pergunungan dimana aliran udara angin bermula dari persisiran laut.

Hakikatnya, manusia telah ditakdirkan Allah SWT dan tidak dapat lari dari saling kebergantungan dengan alam jagat raya ini.

TEKNOLOGI MANUSIA SILAM

Bagaimanakah cara hidup manusia-manusia terdahulu hinggakan mereka dapat memiliki teknologi canggih yang masih menjadi misteri sehingga kini?

Kesan peninggalan mereka yang dapat dilihat kini sukar dirungkaikan teknologi pembinaannya.

PIRAMID

Ribuan tahun piramid itu berdiri gagah, sebegitu saintifik, sehingga tidak mampu membuat para arkitek dan jurutera abad ini meniru kecanggihannya. Satu hasil ciptaan yang tak masuk akal tapi tidak mustahil. Bagaimanakah batu-batu diangkut dan disusun letak dengan sebegitu rapi menurut ketetapan ukuran dimensinya, semakin tinggi semakin sukar?  Apakah rahsianya?

Keajaiban Teknologi Binaan Piramid

Keajaiban Teknologi Binaan Piramid

Andai kita perhatikan bentuk sudut piramid itu, kita akan dapati ianya terbina daripada rangkaian tiga dimensi. Mengapa tiga? Mengapa tidak dua persegi atau empat? Dan jika kita terus memperhatikan, ianya seolah-olah menggambarkan abjad A dalam tulisan Roman.

Secara hakikatnya jika kita bandingkan pada tulisan Arab – ia tampak tiga bentuk huruf Alif dirangkai menjadi tiga segi. Dalam pemikiran sufi, apabila disebut alif, ianya dikatakan penzahiran daripada titik. Alif itu wujud, dan apabila Alif ingin memperkenalkan hakikatnya, ianya menzahirkan Ba, dan rahsianya Alif itu adalah titik di bawah Ba.

RAHSIA BINAAN JULANG LANGIT (PIRAMID) DAN APAKAH MANFAATNYA?

Binaan Cerap Tenaga

Binaan Cerapan Tenaga Kosmik adalah sesuatu rupabentuk yang mempengaruhi peredaran tenaga terhadap sesuatu benda atau perkara yang berada di sekelilingnya. Sesuatu binaan yang berbentuk akan menghasilkan tenaga dalam bentuk dan ukuran zarah di mana secara alami dan semulajadinya akan memberi impak Fizik Kuantum kepada atom-atom yang sentiasa bergetar di persekitaran.

Sifat dan susunan gelombang elektromagnetik yang berbeza akan terhasil pada setiap rekabentuk binaan yang tersendiri.

Secara tanpa disedari rekabentuk binaan akan mempengaruhi mood dan keceriaan suasana sekitarnya. Kadar cerapan tenaga yang tinggi akan menjadikan penghuni di dalamnya lebih ceria, bertenaga, dinamik dan aktif.

Binaan Cerapan Tenaga Kosmik bersifat komplimentari yang memberi impak penjanaan kepada tenaga yang ada disekililingnya dengan memenuhi ruang dalamannya dengan getaran gelombang kosmik yang dicerap secara semulajadi dan berterusan.

Pengaruh Bentuk Kepada Binaan Julang Langit 3 dimensi.
1.Mempengaruhi tahap fizikal dan tenaga manusia.
2.Mempengaruhi kekuatan tulang, otot dan sistem saraf.
3.Mengukuhkan kestabilan dan graviti.
4.Mempengaruhi sistem peredaran tenaga bioplasmik dan peredaran darah.

Namun binaan julang langit berbentuk bulat tidak begitu sesuai untuk kediaman kerana ia lebih memberi implikasi kepada tenaga spara sedar yang bersifat spiritual dan kerohanian yang lebih sesuai untuk bangunan ibadat keagamaan.

Sifat pusingan tenaga elektromaknetiknya mewujudkan suasana keheningan dan khusyuk dan menurunkan getaran otak dari 21 denyutan seminit kepada 14 denyutan. Oleh sebab itu kita akan  mudah rasa mengantuk dan keheningan mendalam.

Penjelasan Saintifik Bentuk Binaan Julang Langit 3 dimensi (Piramid)
Piramid merupakan suatu model atom yang nyata memberi idea dan asas kepada kajian di dalam bidang sains fizik kuantum. Setiap atom menghasilkan getaran tenaga menurut ukuran yang tertentu dan bersifat konsisten. Bagi sesebuah piramid yang dibina menurut ukuran-ukuran panjang dan sudutnya yang tepat seperti pada sisi ke atas dan tapaknya, ia akan menghasilkan getaran-getaran tenaga yang menyamai getaran seperti yang terdapat pada model atom yang tersusun secara semulajadi. Getaran ini sebenarnya menghasilkan getaran yang konsisten dan boleh dimanfaatkan oleh manusia yang mengetahui rahsianya. Kajian mendapati pancaran dan cerapan tenaga di puncak sesebuah piramid adalah tidak terhingga ukurannya (infiniti).

Piramid adalah suatu bentuk yang menyerap tenaga asas atau tenaga mentah dan menukar atau memecahkannya kepada beberapa kadar gelombang getaran tenaga melalui proses-proses tekanan dan pemindahan tenaga. Ketujuh-tujuh gelombang ini akan bertukar kepada getaran asal apabila digabungkan semula. Oleh kerana piramid memiliki daya tarikan dan keupayaan menyerap, mengumpul, memproses dan menyimpan getaran gelombang tenaga ini, maka piramid itu sendiri adalah seumpama penjana (amplifier). Dengan kata lain, tenaga piramid itu sendiri adalah suatu bentuk pemusatan tenaga di dalam ruang rahsia binaan piramid.

Tubuh manusia pula apabila diukur melalui prinsip warna dan getaran, juga memiliki tujuh spektrum warna mengikut susunan yang sangat tertib dan teratur. Justeru terdapatnya keseimbangan daripada unsur tenaga yang dihasilkan piramid boleh digunakan untuk memperbaiki susunan tenaga bioplasmik di dalam tubuh seseorang yang bermasalah luaran dan dalaman. Ini adalah kerana sesuatu penyakit berlaku ke atas tubuh disebabkan ketidak seimbangan kekuatan tenaga di dalam tubuh.

Piramid adalah suatu ciptaan yang menepati prinsip kebendaan, kehidupan, keseimbangan, kestabilan, pengukuhan dan pengekalan. Ia juga merupakan sebuah binaan dimensi yang relatif atau berkaitan dengan alam semesta dan ruang waktu. Masa dan ruang adalah relatif di dalamnya. Getaran tenaga elektromagnetik yang terbentuk didalamnya adalah sempurna dan lengkap amat memberi kebaikan kepada kehidupan samada manusia, haiwan dan tumbuhan.

Ruangan ini didapati mempunyai keberadaan tetap dan berterusan untuk dimanfaatkan bagi mengekalkan tahap kesihatan seseorang yang berada di dalamnya. Selain itu, ruang ini juga mempunyai tekanan dan daya graviti yang stabil pada tahap yang diperlukan oleh jisim hidup. Justeru piramid juga sebenarnya boleh mempengaruhi benda-benda di sekitarannya.

Kestabilan dan keseimbangan gelombang tenaga yang mempengaruhi jasad, minda dan emosi ini ini mewujudkan perasaan bersemangat, ceria dan bertenaga serta membentuk suatu benteng pertahanan daripada elemen buruk dan dalam bentuk gelombang atau radiasi hasil daripada pancaran tenaga fizikal, spiritual mahupun perasaan.

Bentuk piramid juga dapat menghasilkan daya pemusatan energi melalui interaksinya dengan daya kekuatan minda seseorang. Sesuai untuk terapi pemusatan hening (meditasi) yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit menurut kaedah PYRACOSMIC. Ia juga mempunyai kuasa kosmologika dalam dan pengekalan keseimbangan sistem jagatraya terutamanya tenaga bumi sama seperti gunung-ganang yang mengekalkan kekuatan pasak bumi. Wallahualam.

PPIM

PPIM

| Dr. Izham Nayan PhD (Pengarah Sekretariat) | Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Energy Water PYRA Slim Cosmetics PYRA Cafe Vibration Oil

“BANGKITKAN KUASA DALAMAN ANDA. JADILAH MANUSIA
YANG BERJIWA BESAR DAN
BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA”





%d bloggers like this: