Rahsia Pyra

DAPATKAN BUKU KHAZANAH ILMU bagi penggemar paranormal tulisan Prof. Dr Ahmad Lothfi Ibrahim. Melalui pembacaan buku ini dan dengan izin Allah S.W.T, pembaca akan dapat memahami sel dan rahsia tersembunyi, kekuatan getaran doa, frekuensi alam, rahsia teras penciptaan, unsur teras kejadian manusia menurut Al-Quran & kaedah rawatan-rawatan alternatif. Harga : RM 69 | TEMPAH SEKARANG!

Artikel di dalam ruangan ini adalah hasil kajian Dr. Izham Nayan di dalam buku beliau “Piramid, Keajaiban dan Kesannya Terhadap Hidupan – Rahsia Terbongkar”. Semoga ilmu yang beliau kongsikan di sini dapat memberikan manfaat buat semua. Amin

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh

Terlebih dahulu saya mengucapkan salam muhibah dan salam hormat kepada saudara-saudari yang berminat untuk mengetahui konsep PYRACOSMIC dan asas-asasnya. Harapan saya agar senaskah buku ini akan berjaya merungkai persoalan tersebut dalam membawa kita kepada satu paradigma baru dengan penghayatan unsur-unsur alam dan bagaimana ia diciptakan bagi menjadi panduan dalam kita mengharungi kehidupan di dunia ini.

Pendekatan yang saya bina berteraskan unsur alam bagi melahirkan satu konsep penyembuhan dan penjagaan kesihatan berteraskan kepada elemen-elemen asas kejadian alam maya ini.

Dia adalah Maha Pencipta langit dan bumi ( Surah Al An-nam 101 )

Bersama-sama tulisan ini, saya olahkan dengan titipan firman Allah SWT sebagai teras rujukan yang kemudiannya saya hubungkan ia dengan konsep perawatan, penyembuhan dan penjagaan kesihatan PYRACOSMIC.

Tidak hanya membicarakan tentang hakikat bahawa Al-Quran itu memiliki mukjizat penyembuhan malah saya perluaskan ruang lingkup penghayatan kepada intipati dan rahsia-rahsia yang dirungkai oleh Al-Quran tentang penciptaan serta susun atur alam dan bumi, kejadian Adam Alaihissalam dan bagaimana kesemuanya memberi panduan dalam kita mengenali dan menghayati teras kejadian alam ini untuk dijadikan panduan kehidupan dan penjagaan kesihatan. Sama-samalah kita menghayati dan mengambil manfaat daripada naskah ini.

Al-Quran yang telah diwahyukan hampir 1500 tahun dahulu telah merungkai kejadian alam yang bersifat baharu, bersifat sementara berkembang dan membentuk struktur-struktur binaan alam yang seimbang untuk memberi manfaat kepada seluruh makhluk di alam semesta ini.

Firman Allah SWT – Dan langit itu kami bina dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya. ( Surah Az-Dzariyat 47 ) 

Alam Semesta

Alam Semesta

BUMI

Unsur-unsur cakerawala juga merupakan asas kepada unsur-unsur pembinaan planet bumi. Bumi dikelilingi dan dilitupi oleh cakerawala alam dan amat bergantung kepada keseimbangan unsur alam yang lengkap-melengkapi.

Firman Allah – Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkus siang atas malam. ( Surah Az-Zumar 5 )

ANGIN

Lapisan atmosfera bumi diciptakan Allah SWT bagi menjadi pertahanan bumi daripada gas-gas beracun dan meteor-meteor yang berselerakkan di angkasa yang menjadi penapis kepada sinar radiasi matahari yang kuat dan hanya membenarkan kadar sinaran yang sesuai untuk kehidupan sahaja boleh menembusinya.

Kita harus sedar bahawa ada suatu sistem sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Allah SWT telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur’an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai pelindung.

Demi langit yang mempunyai sistem pengitaran.
Surah at-Tariq;11.

AURA BUMI

Al-Qur’an telh menjelaskn bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;

Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)

Langit merangkumi seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian sains mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih-menindih di antara satu sama lain sama seperti digambarkan di dalam Al-Qur’an secara tepat.

Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan yang berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ion yang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.

Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan tepat seperti yang disebutkan dalam Al-Qur’an.

KOSMIK

Langit merupakan istilah yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala yang diisi dengan jutaan planet dan sistem  suria yang bergerak dan membina di dalam system tersendiri secara teratur di atas paksi dan orbit masing-masing.

Firman Allah – Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka beredar di paksi tempat peredarannya. ( Surah Al-Anbia 33 ) 

Sistem Planet

Sistem Planet

Matahari dan planet bukanlah suatu elemen yang statik tetapi beredar di atas paksi orbitnya sendiri.

Firman Allah – Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui. ( Surah Yassin 38 )

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta yang mengandungi hampir 200 bilion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai bulan. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dikira pergerakkannya.

Semuanya beredar melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Berbillion-billion komet juga bergerak bersama dalam orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh planet-planet langit ini tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan tertentu dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Ajaib sekali, sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

(Surah az-Dzariyat;7) Demi langit yang mempunyai jalan-jalannya.

Suatu tenaga yang amat kuat memegang segala planet dan objek-objek di angkasa agar tidak bertembung antara satu sama lain. Sebaliknya tenaga ini menggerakkan segalanya di atas susun atur paksinya. Tenaga inilah yang digelar Tenaga Kosmik.

TERAS PASAK BUMI

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu tidak bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)

Gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi. Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung-ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi.

Al-Qur’an menjelaskan bahawa gunung ganang itu sebagai ‘pasak’.

Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?. (Surah an-Naba; 6-7)

Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu ‘pancang’ yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.
Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah “isostasy” iaitu keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti.

Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur’an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan.

Dalam ayat lain Al-Qur’an menyebut;
dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu… (Surah Luqman;10)

ANGIN

Peredaran angin di dalam sistem atmosfera ini akibat tekanan dan perubahan suhu memberi keseimbangan kepada sinar cahaya yang menembusi atmosfera ini dan mewujudkan iklim-iklim berbeza sesuai untuk kehidupan di atas muka bumi berlandaskan kepada kadar sinaran matahari yang menimpa kawasan-kawasan tertentu di atas muka bumi.

Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu... ( Surah al-Hijr;22 ). 

Udara | Bukti Kekuasaan Allah S.W.T

Udara | Bukti Kekuasaan Allah S.W.T

Peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Kajian moden telah menunjukkan peranan angin dalam pembentukan hujan.
Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;
Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai ‘aerosol’, bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altitud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.

Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.

UNSUR TERAS KEJADIAN MANUSIA

Al Qur’an ada menyebutkan bahwa asal kejadian manusia terdiri dari 7 (tujuh) bahagian kejadian.

Pertama : Di surat Ar Rahman ayat 14:
“Dia (Allah) menjadikan manusia seperti tembikar, (tanah yang dibakar)”.

Yang dimaksudkan dengan kata “Shal-shal” di ayat ini ialah : Tanah kering atau setengah kering  yakni “Zat pembakar” atau Oksigen.

Kedua: Di ayat itu disebutkan juga kata “Fakhkhar”, yang maksudnya ialah  Karbon.

Ketiga: Di surat Al Hijr, ayat 28:
“dan ingatlah ketika Tuhanmu  berfirman kepada malaikat; sesungguhnya Aku (Allah) hendak menciptakan seorang manusia (Adam) dari  tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk (berupa)”.

“Hamaa-in” di ayat tersebut ialah Nitrogen.

Keempat : Di surat As Sajadah ayat 7:
“Dan (Allah) membuat manusia berasal dari pada “tanah”.

Yang dimaksud dengan kata  “thien” (tanah) di ayat ini ialah “Atom zat air” atau Hidrogen.

Kelima: Di Surat Ash Shaffaat ayat 11:
“Sesungguhnya  Aku (Allah) menjadikan manusia dari pada Tanah Liat”.

Yang dimaksud dengan kata “lazib” (tanah liat) di ayat ini ialah Zat besi.

Keenam: Di Surat Ali Imran ayat 59:
“Dia (Allah) menjadikan Adam daripada tanah kemudian Allah berfirman kepadanya “jadilah engkau, lalu berbentuk manusia”.

Yang dimaksud dengan kata “turab” (tanah) di ayat ini ialah: “Unsur-unsur zat asli yang terdapat di dalam tanah.

Ketujuh: Di surat Al Hijr ayat 28:
“Maka setelah Aku  (Allah) sempurnakan (bentuknya), lalu Kutiupkan ruh-Ku kepadanya (Ruh daripada-Ku)”

Ketujuh ayat Al Qur’an yang saya baca ini Allah telah menunjukkan tentang proses kejadiannya Nabi Adam sehingga berbentuk manusia, lalu ditiupkan ruh kepadanya sehingga manusia bernyawa (bertubuh jasmani dan rohani).

Sebagaimana disebutkan pada ayat yang keenam tentang kata “turab” (tanah) ialah zat-zat asli yang terdapat didalam tanah ini yang kemudiannya terbentuk setelah melalui proses persenyawaan antara “Fakhkhar” yakni Karbon dengan “shal-shal” yakni Oksigen (zat pembakar) dan “hamaa-in” yaitu Nitrogen dan Thien yakni Hidrogen (Zat air).

Persenyawaan antara  Karbon (Fachchar) dan Oksigen (Shalshal) (Ar Rahman ayat 14) dan Nitrogen ( Hamaa-in) (Al Hijr ayat 28) bersama Hidrogen (Thien) (As Sajadah, ayat 7).

Kemudian bersenyawa  dengan zat besi, Yodium, Kalium, Silcum dan mangaan, yang disebut “laazib” zat-zat dalam surat As Shafaat ayat 11. Dalam proses persenyawaan tersebut, lalu terbentuklah zat yang dinamai protein.

Inilah yang disebut “Turab” dalam surat Ali Imran ayat 59.

Salah satu diantara zat-zat terpenting ialah “Zat Kalium”, yang banyak terdapat dalam jaringan tubuh, teristimewa di dalam otot-otot. Zat Kalium ini penting  mempunyai fungsinya dalam proses pembangunan hidup, yakni dalam pembentukan lembaga tubuh. Dengan berlangsungnya proses penciptaan tersebut, maka proses penjelmaan pula terjadi. Setelah selesai penukaran sifat, lalu menggempurlah electron-electron kosmik yang mewujudkan pembentukan bentuk dan sifat.

Adapun Sinar Kosmik itu ialah suatu sinar mempunyai kemampuan untuk merubah sifat-sifat zat yang berasal dari tanah. Maka dengan mudah sinar Kosmik dapat mewujudkan pembentukan tubuh manusia (Adam) berupa badan kasar (jasmaniah), yang terdiri dari badan, kepala, tangan, mata, hidung telinga dan seterusnya.

Bersambung | Bahagian 2

Energy Water PYRA Slim Cosmetics PYRA Cafe Vibration Oil

“BANGKITKAN KUASA DALAMAN ANDA. JADILAH MANUSIA
YANG BERJIWA BESAR DAN
BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA”




%d bloggers like this: