Profail

PYRACOSMIC (001596863-K) telah ditubuh dan didaftarkan secara rasminya pada Januari 2006 oleh Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim. Ia bernaung di bawah Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Pejabat Urusan PyraCosmic Zon Utara, IPOH

Pejabat Urusan PyraCosmic Zon Utara, IPOH PERAK, MY

PyraCosmic memulakan operasi dengan matlamat memberi manfaat sepanjang hidup kepada pengguna produknya serta mereka yang menyertai segala Latihan dan Kursus anjuran Syarikat. Jadi, ia mempertingkatkan kehidupan anda dengan menyalurkan tenaga kosmik yang sediada melalui prinsip dan kuasa piramid, berasaskan amalan-amalan jasmani dan rohani. Olehsebab itulah, nama Syarikat ini berasal dari dua perkataan – “Pyra” sebagai singkatan bagi Piramid dan “Cosmic” yang melambangkan kuasa semesta.

Beroperasi sepenuh masa sebagai Ibu Pejabat di USJ Subang Jaya Selangor, kini PYRACOSMIC telah mempunyai rangkaian pusat jualan, ahli serta pelatih di seluruh pelusuk tanah air termasuk Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Produk-produk PyraCosmic kebanyakannya berasaskan tenaga kosmik dan kuasa piramid dan olehsebab itu, berbeza dari produk serupanya dari segi kesan keseluruhan, samada ia serta-merta atau kesan jangka panjang, tahap kepuasan dan jumlah manfaat yang menanti penggunanya.

Selain produk, amalan ilmu, jasmani dan rohaniah yang menyertai penggunaan setiap produk serta kaedah pernafasan dapat melipatgandakan kesan dan manfaat dari setiap produk dan latihan yang disediakan. Inilah yang membezakan PyraCosmic dan menjadikannya satu-satunya Syarikat yang pasti mencerahkan masa depan hidup anda. Hayatinya mulai hari ini…

Visi

Melahirkan Insan Yang Berjiwa Besar dan Berjaya Mencapai Cita-Cita.

Misi

  1. Bangkitkan Kuasa Dalaman Anda.
  2. Indah dengan ibadah pada Allah yang Maha Esa
  3. Selamat di dunia dan akhirat dengan membantu membangunkan moral insaniah melalui ISH 565
  4. Lengkap dan berkesan melalui penulisan, latihan, seminar, media cetak, media elektronik secara profesional
  5. Aqidah yang padu serta mengeratkan ikatan kekeluargaan di antara alumni sebagai agen dalam membangun masyarakat celik, spiritual , beriman , beramal serta berilmu di tengah-tengah masyarakat
  6. Memikir, menghayati serta melakukan nilai-nilai yang positif bagi sektor pendidikan, kebudayaan, sosial, ekonomi dan agama.

Falsafah

Memiliki Keseimbangan Minda, Tubuh, Rohani, Emosi dan Pernafasan.“Melahirkan ummah yang berjiwa besar dan berjaya mencapai cita-cita”

Konsep Pyracosmic

Kami Sedia Memberi Khidmat

Kami Sedia Memberi Khidmat Untuk Anda

Di PyraCosmic, kami benar-benar berusaha membantu mereka yang datang kepada kami untuk mengatasi masalah kesihatan, meningkatkan taraf hidup, mengeratkan hubungan antara suami-isteri serta seisi keluarga, sambil menikmati manfaat dari segi Kesihatan Fizikal, Kecemerlangan Minda dan Otak, Ketenangan Emosi, Kecemerlangan Rohani dan Keseimbangan Pernafasan, melalui kaedah-kaedah yang selamat, terbukti dan berkesan.

Konsep PyraCosmic berasaskan menerapkan kuasa dan tenaga alam semesta melalui prinsip piramid yang terbukti berkesan selama ribuan tahun. Apabila kuasa semesta tersebut diserap dan disalurkan kepada anda melalui produk-produk seperti penapis air, barangan kecantikan dan sebagainya, anda dapat menikmati pelbagai manfaat kesihatan dan kecantikan dengan kesan yang telah dilipat-gandakan!

Oleh sebab inilah produk PyraCosmic berbeza berbanding produk lain di pasaran. Buktinya adalah berdasarkan testimoni-testimoni pengguna yang semakin lama semakin meningkat. (Rujuk kepada Bahagian Testimoni kami).


Anugerah Akademik Tertinggi Untuk Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim, PhD, Pengasas Pyracosmic, dalam bidang Sains Metafizik dan Perubatan Alternatif dari Camden University, USA

PyraCosmic adalah hasil cetusan idea Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim yang juga Pengasas produk dan perkhidmatan PYRAcosmic. Beliau dilahirkan di Lenggong Perak dan mengakhiri persekolahan menengahnya di Ipoh.

Dari segi akademik beliau mempunyai pelbagai variasi kelulusan dari pelbagai bidang iaitu :

  1. Seni Lukis dan Grafik dari sebuah Institut Senilukis
  2. BA – Alternative Medicine 1999
  3. MA – Sains Metafizik dan Alternative Medicine 2003
  4. PhD – Complementary Medicine Camden University, USA 2006
  5. Awarded Grandmaster, World ……….
  6. Grandmaster, Philosophy Achievement Award – Isharat Al’Shifa Academy
  7. Certified Program Graduate, Open International University Colombo
  8. Bertaraf Grandmaster Seni Pernafasan: Perawatan Kosmik, Phytobiophysic dan Imbasan Jauh.
  9. Ahli Pengamal Berdaftar: Persatuan Perubatan Komplimentary Malaysia
  10. 10. Penceramah Khas / Undangan (antara lain):
    1. Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Luar Negeri, Kementerian Luar Negeri
    2. Kementerian Penerangan Malaysia Cawangan Belanjawan
    3. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
    4. Exco Kerajaan Negeri Terengganu
    5. Pensyarah-pensyarah Universiti Islam Antarabangsa
    6. Kementerian Kesihatan Malaysia
    7. Ketua-ketua Polis Negeri Selangor
    8. Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Sekolah-Sekolah
    9. Wawancara khas bersama: Majalah ANIS, BACARIA dan sebagainya untuk topik Motivasi, Kesihatan, Etika, Pengurusan
    10. Stress dan Perkembangan Minda terutamanya topik-topik yang melibatkan remaja dan para pelajar.


Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim. PHD. Pengasas PyraCosmic

Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim juga merupakan pengasas, penulis dan pengarang “Berjiwa Besar Mencapai Cita-cita”, iaitu satu konsep terkini dalam pengurusan minda, tubuh, rohani, emosi dan pernafasan. Beliau sangat berpengalaman melatih dan memberi motivasi kepada ribuan individu termasuk usahawan, ahli korporat, golongan profesional, orang perseorangan dan juga badan-badan swasta dan kerajaan serta ahli jualan langsung dari beberapa buah syarikat terkemuka di Malaysia . Beliau juga pernah menjawat pelbagai jawatan penting di beberapa buah syarikat terkemuka di Malaysia dan bertaraf antarabangsa antaranya :

  1. Senior Graphic Artist
  2. Pengurus Latihan dan Pembangunan Usahawan
  3. Pengurus Latihan dan ‘Event Management’
  4. Pengarah Seni (Art Director)
  5. Principal Consultant dan Motivator

Jawatan lain yang dipegang oleh Beliau:

  1. Pengarah Bahagian Rehabilitasi Pusat Rawatan & Pemulihan Dadah PPIM
  2. Pengarah Kempen Makanan Halal & Selamat Peringkat Kebangsaan
  3. Pen. Pengarah Jabatan Latihan PPIM
  4. Panel Pembina Pengiktirafan Ahli Usahawan PPIM & MFO PPIM
  5. Panel Pembina Modul Latihan 24 Jam Berhenti Merokok
  6. Pengasas ‘Riadah Pernafasan’ yang pertama seumpamanya

Pengalaman memegang jawatan “Principal Consultant” di sebuah syarikat di Pulau Pinang juga banyak membantu beliau mengatur pelbagai Program untuk badan korporat, swasta dan kerajaan sehingga ke Singapura dan Brunei. Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim berharap agar segala ilmu dan idea yang dicurahkan akan dapat memberi manfaat serta melahirkan ummah yang sihat dan berjaya.

Tidak seperti sesetengah program lain yang banyak menyakinkan anda mampu atau boleh melakukan apa saja, konsep yang diterapkan oleh Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim lebih memberi penekanan bagaimana cara melakukan, teori serta falsafah diikuti amalan serta penganalisaan supaya kesan dan manfaat yang disasarkan dicapai.

Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim mempunyai ratusan pelatih Aura Hikmah Sejati di seluruh Malaysia serta berpengalaman luas membantu ramai pesakit kronik dengan Perubatan Alternatif. Gabungan ilmu, kemahiran serta pengalaman luas selama lebih 15 tahun dalam bidang Sains Metafizik dan Perubatan Alternatif membolehkan beliau menubuhkan PYRAcosmic yang mula beroperasi pada Januari 2006 di USJ 21, Subang Jaya.

Kini, beliau menyalurkan segala ilmu yang dipelajari melalui Kursus dan Latihan Jasmani dan Rohani serta produk-produk yang dapat memperbaharui segala aspek hidup, supaya anda dapat hidup bebas dari belenggu penyakit, stres dan halangan minda, tubuh, rohani, emosi supaya hidup lebih bahagia dan seimbang.

Energy Water PYRA Slim Cosmetics PYRA Cafe Vibration Oil

“BANGKITKAN KUASA DALAMAN ANDA. JADILAH MANUSIA
YANG BERJIWA BESAR DAN
BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA”




%d bloggers like this: