Solat Hari Raya Aidilfitri

19 09 2009

SALAM AIDILFITRI. Esok, tanggal 20 hb September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430H maka sempurnalah sudah kewajiban kita sebagai muslimin dan muslimat mengharungi ibadah berpuasa, menahan nafsu zahir dan batin selama 30 hari. Rasa sayang sekali untuk meninggalkan bulan mulia ini. Bulan yang menguji kecintaan kita pada Allah s.w.t. Aduhai, terasa banyak lagi kekurangan diri ini. Moga kehadiran Syawal bukanlah pengakhiran kepada amal ibadah kita. Berlalunya Ramadan bukan bermakna berlalunya segala kebaikan di dalamnya. Ramadan adalah sebuah akedemia yang mendidik dan melatih kita dalam melengkapkan diri menempuh cabaran dalam kehidupan kita. Alangkah ruginya jika kehidupan kita sama seperti sebelum kedatangan Ramadan dan Ramadan hanya dijadikan jambatan sekadar mengaut kebaikan yang telah dijanjikan. Sambutlah Syawal dengan rasa rendah diri, elakkan pembaziran dan sambutlah secara bersederhana dengan mengingati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t (yang bermaksud):

” Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada bulan Ramadan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berika hidayah kepada kamu.” [Surah Al-Baqarah: 185]

Sebagai rujukan kita bersama berikut dicatatkan Cara-Cara Menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri.

Baca baki entri ini »

Advertisements




Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

16 09 2009
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Salam Aidilfitri Buat Muslimin & Muslimat

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Ramadhan dan Syawal Bulan Mulia,

Sanak Saudara Berkumpul Bersama,

Salam Dihulur Maaf Dipinta,

Tandanya Kita Semua Bersaudara.

Maaf Zahir & Batin

Dari Pengurusan & Kakitangan Pyracosmic

MUAT TURUN LAGU RAYA DI SINI





Kaedah Rawatan Moden: Batal Puasa atau Tidak?

7 09 2009

Kaedah Perubatan Moden berhubung Perkara Yang Membatalkan Puasa

Beberapa rawatan yang melibatkan memasukkan sesuatu ke dalam rongga telah diputuskan oleh para fuqaha’ kontemporari. Fatwa ini turut dikeluarkan oleh Majlis Himpunan Fiqh Islam ke 10 yang bersidang di Jeddah, Saudi Arabia pada tarikh 23 hingga 28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1998M).

Baca baki entri ini »





Merdeka! Merdeka! Merdeka!

30 08 2009
Salam Kemerdekaan Malaysia Kali ke 52 Tahun

Salam Kemerdekaan Malaysia Kali ke 52 Tahun

31 Ogos
datang lagi
sekali lagi laungan MERDEKA
berkumandang di udara menggegar langit dan bumi tercinta

Namun…
tanah yang aku pijak ini
langit yang aku junjung ini
merdekakah ia ?

Baca baki entri ini »





Selamat Datang Ramadan Al Mubarak

21 08 2009
Salam Ramadhan 2009

Salam Ramadan 2009

“Wahai tetamu Ramadan, untukmu Rahmat dan Maghfirah. Airmata taubat dendangan tadarus. Berselimutkan tarawih dan berbantalkan tahajjud. Moga mewarisi Jannatul Firdaus. Salam Ramadan Al Mubarak buat semua sahabat DuniaTenagaPyraCosmic. Moga-moga Allah melimpahkan Rahmat buat semua. Amin.”