Rahsia Solat 5 Waktu

30 09 2009

KEWAJIPAN bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Solat Ibadah Yang Dituntut

Solat Ibadah Yang Dituntut

Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.

Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Baca baki entri ini »





Fadhilat Surah Al-Fatihah (الفاتحة)

10 09 2009

FADHILAT DAN KHASIAT AL-FATIHAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran”

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda;

“Dalam surah al-Fatihah ada ubat yang dapat menyembuhkan semua penyakit”

Surah Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni’mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Baca baki entri ini »





Minda Bawah Sedar?

26 08 2009

 

Teknik Menggunakan Minda Bawah Sedar Untuk Maksimakan Potensi Diri

Bermulanya teknik ini adalah dengan perhubungan antara minda sedar (CM) membuat arahan kepada minda bawah sedar (SCM). CM adalah ibarat kapten kapal manakala SCM adalah anak-anak kapal yang akan sentiasa bersedia patuh pada arahan ketuanya.

Baca baki entri ini »





Kuasa Minda

26 08 2009

APAKAH KUASA MINDA?

Kuasa minda merujuk kepada tenaga yang berada dalam diri setiap manusia. Ia memang bersedia sejak kita dilahirkan. Kajian dan penggunaan ilmu sudah dibuat sejak lebih 5000 tahun lalu. Orang Greek, Arab, Jepun, China, India telah lama mempraktikkan ilmu ini. Cuma nama sahaja yang berbeza. Masyarakat India mengenali sebagai Prana, orang China menyebut Chi, orang Jepun menyebut Ki dan bagi masyarakat di Nusantara mereka menyebut Tenaga Dalaman.

Kuasa Minda

Kuasa Minda

Baca baki entri ini »





SUBURkan iman..

22 08 2009
Suburkan Iman

Suburkan Iman





Budaya Bersedekah Di Bulan Ramadan

22 08 2009
Inilah Jalanku

Inilah Jalanku

SALAH satu amalan yang digalakkan untuk dilaksanakan dalam bulan Ramadan ini ialah amalan bersedekah, menderma, berwakaf atau menolong orang lain sama ada secara individu, membantu organisasi atau membantu pihak yang memerlukan bantuan khususnya dalam bentuk wang, harta benda ataupun perkhidmatan.

Baca baki entri ini »





Kelebihan Bulan Ramadhan

22 08 2009

Ramadan Bulan Mulia

Ramadan Bulan Mulia

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Baca baki entri ini »