PYRA COSMETICS

17 09 2009

PC005 – PYRA COSMETICS

Rahsia kecantikan purba kini terbongkar…. Anda tentu pernah mendengar tentang piramid (tenaga tertumpu), tetapi pernahkan anda mendengar tentang Daya Piramid? …Ianya merupakan suatu tenaga MISTIK yang terbentuk dari tarikan daya KOSMIK.

Daya piramid inilah yang telah digabungkan di dalam formula Pyra Cosmetics yang memberi rawatan yang menakjubkan. Tenaga daya kosmik piramid dapat merangsang pusat tenaga di  wajah dan tubuh anda.

Set Skin Care Dengan Beamer

Set Skin Care Dengan Beamer

Pyra Cosmetics Gabungan ramuan aktif terkini dalam penjagaan kecantikan yang belum diterokai.

SATU SET PYRA COSMETICS LENGKAP BESERTA ‘PYRA BEAMER’
Buy NOW!WM RM379.00
EM RM419.00

Dengan teknologi getaran daya pyramid dan sains, Pyra Cosmetics merangsang molekul dan sel secara aktif dan memberi kesan pada kulit serta pusat tenaga tubuh lantas memberi satu tindakbalas rawatan yang menakjubkan pada kulit.

RAHSIA KECANTIKAN PURBA KINI TERBONGKAR…

Gabungan teknologi purba dan formulasi sains terkini menerusi kajian dan penyelidikan oleh Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim, maka terciptalah Pyra Cosmetics.

Sari pencetusan sel yang tulen mengandungi maklumat dan formula yang diperlukan oleh sel untuk ianya memperbaharui, membiak dan berlindung. Tenaga ini dapat memberi nafas baru kepada sel kulit. Setelah diaktifkan semula, ianya kembali beraksi sebagai sel baru.

Untuk kesan yang lebih efektif, cucian muka atau bahagian anggota tubuh dengan menggunakan Pyra Energy Water.

SENARAI HARGA PYRA COSMETICS SETIAP SATU

PYRA SKIN ESSENCE(30ml) RM 79.00(WM) / RM 86.00(EM)

Mengandungi esen/pati herba dan ekstrak tumbuhan gurun yang dapat memperbaiki sel, menghaluskan kedutan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru. Juga kaya dengan pelembab serta Getaran Pyra Kosmik memberi getaran pada sel dan ini akan menaikkan seri wajah.

Produk ini mampu mengembalikan kelembapan pada kulit dan menghaluskan garis-garis pada kulit wajah anda, setelah penggunaan toner. Ia menjadikan pertumbuhan kulit bertambah sihat serta melicinkan lapisan luaran kulit.

Selain itu, produk ini juga memperbaiki lapisan dalaman menerusi formula herba dan pitera untuk menjadikan kulit lebih pejal dan berseri. Anda akan merasai perbezaan yang ketara pada tekstur kulit setelah penggunaan yang kerap. Ia sesuai digunakan pada semua jenis kulit, siang dan malam.

Cara : Sesuai untuk semua jenis kulit. Gunakan selepas Pyra Refreshing Toner. Ratakan ke seluruh muka dan untuk kegunaan siang dan malam.

PYRA REFRESHING TONER – (120ml) RM 45.00(WM) / RM 52.00(EM)

Ekstrak mentimun yang terdapat di dalamnya dapat mengurangkan kemerahan, bengkak dan jangkitan kuman. Ia juga menyegar dan melegakan saraf, mencuci dan melembutkan kulit, Getaran Tenaga Piramid ini juga dapat menghalang proses penuaan, mengurangkan kedutan dan mengekalkan keremajaan kulit anda.

Diperbuat daripada konsep bioteknologi, toner ini mengandungi ekstrak tulin timun yang berkesan untuk mengurangkan kemerahan dan bengkak-bengkak pada kulit wajah. Selain itu, produk ini juga menyegar dan membuang sisa kotoran dan solekan pada kulit untuk memastikan kulit sentiasa bersih dan lembut.

Apabila selalu digunakan, anda akan mendapati bahawa kedutan pada kulit wajah berkurangan dan kulit kelihatan lebih muda, cerah dan berseri. Pyra Refreshing Toner merupakan satu produk yang dapat menepati citarasa anda, sekiranya anda seorang yang ingin mengekalkan kecantikan dan sentiasa kelihatan muda.

Cara : Gunakan kapas muka untuk melembabkan seluruh bahagian muka dan leher. (Cara urutan Pyra)

PYRA ENERGY DAY CREAM – (30gm) RM 69.00(WM) / RM 76.00(EM)

Formula perlindungan yang bertindak menyerap cahaya matahari yang bertenaga. Ianya mengaktifkan tenaga sel dan mengekalkan kesejahteraan sel. Ia juga dapat menyahkan tenaga yang tidak diperlukan oleh sel kulit.

Digunakan untuk menutup kulit yang baru lepas dirawat untuk mengelak dari menjadi gelap. Juga bertindak sebagai pelembab dan asas bedak (foundation). Ia juga mengandungi bahan antiseptik. Sesuai untuk kulit kering, biasa, dan kombinasi.

Kulit kita terlalu sensitive jika terdedah kepada cahaya berterusan untuk masa yang panjang. Akibatnya, kulit akan menjadi gelap, rosak dan mempunyai tompok-tompok hitam. Oleh itu, anda perlu melindungi kulit dari sinaran pada waktu siang, terutamanya jika anda berada di luar. Pyra Energy Day Cream mengandungi minyak jojoba, formula yang bertindak sebagai pelindung sinaran matahari.

Boleh digunakan pada kulit yang telah menjalani perawatan, untuk mencegah tompok-tompok dari berulang-ulang. Diformulakan khas untuk semua jenis kulit seperti kulit kering, kulit normal, kulit matang, kulit yang ‘dehidration’ dan kulit kombinasi.

Cara : Ambil sedikit dan sapu lembut dan serta ke seluruh muka. (Mengikut arah lawan jam)

PYRA NIGHT CREAM – (30gm) RM 69.00(WM) / RM 76.00(EM)

Sangat berkesan untuk merawat kulit kusam dan memperbaharui sel yg rosak akibat cahaya matahari yang tidak diperlukan dan dalam masa yang sama menambah keanjalan tisu sel. Ianya dapat bertindak balas dengan tenaga kosmik yang amat berkesan pada malam hari

Kulit memperbaiki dirinya pada waktu malam semasa kita tidur. Pyra Night Cream Diformulakan khas untuk merawat kulit yang tidak bermaya, serta memperbaharui sel-sel yang rosak akibat sinaran matahari. Setelah penggunaan yang kerap anda akan merasai tisu-tisu kulit bertambah elastic dan lebih bermaya berbanding sebelumnya.

Mengandungi enzim yis yang mampu mencerahkan kulit dan mengurangkan tompok-tompok merah. Krim malam inidibiarkan semalaman pada keseluruhan kulit wajah kecuali bahagian mata. Cubalah dan lihatlah perbezaannya.

Cara : Sapu krim dan urut dengan lembut keseluruhan wajah, kemudian biarkan semalaman. Guna waktu malam sahaja dan elak dari kawasan mata. (Cara urutan Pyra)

PYRA LIGHTENING MASK – (30gm) RM 69.00(WM) / RM 76.00(EM)

Formula Getaran Kosmik & Piramid istimewa untuk memutih dan memperbaiki kulit. Krim kompleks dengan Kolagen, Elastic, Royal Jelly dan minyak Jojoba. Untuk lebih penjagaan dan mengekalkan kelembapan kulit. Ianya merupakan penjagaan kecantikan efektif yang utama.

Sekali atau dua kali seminggu, gunalah masker ini yang diperkaya dengan formula Royal Jelly dan minyak Jojoba untuk pencerahan dan perawatan kulit. Masker ini patut digunakan selalu untuk mengekalkan kelembutan dan membantu proses pencerahan kulit secara semulajadi. Tahap kelembapan pada kulit wajah akan dikekalkan dan anda akan merasakan kepuasan dengan keadaan kulit anda yang baru. Penggunaan sekali atau dua kali seminggu akan membantu proses mempermuda dan menyegarkan wajah terutamanya setelah penat bekerja

Cara : Sapu agak tebal ke seluruh muka dan leher (kecuali bahagian mata), sekali atau dua kali seminggu untuk 20 – 30 minit. Bilas dengan PyraWater.

PYRA LIGHTENING MILK CLEANSER – (60ml) RM 45.00(WM) / RM 52.00(EM)

Susu pembersih dengan formulasi pemutih dengan Getaran Piramid yang istimewa. Boleh digunakan untuk menanggalkan mekap dan sel kulit mati dengan berkesan. Getaran Tenaga dapat menyediakan kulit untuk proses melembut dan memutih seterusnya.

Cara : Sapukan ke seluruh kulit muka. Urut dengan lembut untuk menanggalkan kekotoran. Bilas dengan air mineral (PyraWater). Guna waktu siang dan malam.

PYRA GEL CLEANSER – (30ml) RM 39.00(WM) / RM 43.00(EM)

PYRA ENERGY BODY LOTION – (120ml) RM 29.00(WM) / RM 32.00(EM)

Losyen badan beraroma yang memberi tenaga dan gelombang positif pada kulit, sel dan tubuh. Penggunaannya akan membuatkan anda berasa segar sepanjang hari.

Cara : Sapu pada tangan mengikut arah lawan jam secara menyeluruh ke bahagian badan yang dikehendaki. (Ikuti kursus bagi mendapatkan doa getaran)

Bahan : Aqua dan pati buah-buahan tropika.

PYRA SCRUB MASK – (30gm) RM 25.00(WM) / RM 29.00(EM)

PYRA COMPACT POWDER – RM 55.00(WM) / RM 60.00(EM)

Bedak yang dapat menutup tompokan noda hitam dan menghasilkan kulit muka sekata. Formula khas untuk membuatkan wajah si pemakai kelihatan lebih muda, cerah, cantik, gebu dan berseri. Wajah akan tampak lebih sihat dan bertenaga. Tenaga Pyra akan mengaktifkan sel-sel kulit dan membantu mengeluarkan ‘warna sejati’ seseorang wanita. Hanya dengan solekan yang nipis, kesan kecantikan si pemakai mampu bertahan sepanjang hari.

Cara : Ratakan ke seluruh muka termasuk kawasan mata menggunakan ‘sponge’ yang disediakan dengan cara menekap (dapping) ke muka, agar kesan bedak masuk ke pori-pori (liang roma).

PYRA NATURAL LIPSTICK – RM 42.00(WM) / RM 46.00(EM)

Lipstik yang semulajadi dan tidak terasa seperti anda memakainya di bibir!!! Ianya mengikut Getaran Tenaga semulajadi tubuh. Tenaga yang terhasil dapat memberi  keyakinan diri yang diperlukan oleh setiap wanita. Formula khas Gamat, Propolis dan Aloe Vera banyak memberi kesan rawatan di bibir yang menjadikan Lipstik Pyra amat berbeza dan unik.


Senarai pilihan warna lipstick Pyra Cosmetcis daripada PYRA COSMIC

PENGIKTIRAFAN DARI BADAN-BADAN BERTAULIAH

pengiktirafan2

Energy Water PYRA Slim Cosmetics PYRA Cafe Vibration Oil

“BANGKITKAN KUASA DALAMAN ANDA. JADILAH MANUSIA
YANG BERJIWA BESAR DAN
BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA”

RM 39.00(WM) / RM 43.00(EM)

Tindakan

Information

One response

17 09 2009
Selamat Hari Raya « ♥DuniaTenagaPyraCosmic♥

[…] Piramid Dibina Oleh Alien? PYRA COSMETICS […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: