Piramid Dibina Oleh Alien?

12 09 2009

RAHSIA MESIR KUNO

Anehnya, sudah lebih 4,300 tahun berlalu, sehingga kini masih belum ditemui rekod atau sebarang tulisan jelas pada dinding piramid menunjukkan siapa membangunkan struktur binaan itu dan untuk siapa ia dibina? Hal inilah yang membingungkan para saintis di seluruh dunia sejak sekian lama.

Sphinx dan Piramid

Sphinx dan Piramid

Binaan ini berketinggian 146 meter, iaitu bersamaan setinggi bangunan pencakar langit 45 tingkat. Ia dibangunkan menggunakan 100,000 blok batu besar yang setiap satu beratnya mencecah 2,500 kilogram hingga 50,000 kilogram. Namun sehingga hari ini, tidak seorang pun tahu apakah teknologi yang digunakan dan siapakah yang memperkenalkan teknologi ini.

Pada tahun 1837, seorang askar British dan pengkaji piramid, Richard William Howard Vyse telah mengejutkan dunia menerusi penemuan tanda nama Firaun Khufu yang memerintah Mesir daripada tahun 2583 hingga 2606 SM pada dinding piramid. Lalu mereka mendakwa piramid itu adalah hak milik Khufu. Bagaimanapun, ia telah menimbulkan kesangsian di kalangan penyelidik lain. Penulis buku berjudul The Message of Sphinx pada tahun 1996, Graham Hancock misalnya, menyoal apakah bukti yang menyokong penemuan tanda tersebut.

Jelas sekali, katanya ia telah dipalsukan oleh Vyse. Justeru, siapa orang penting yang membinanya. Persoalannya, apakah benar masyarakat Mesir yang mendirikan piramid itu? Pengarang buku The Orion Mystery, Robert Bauval dan Andrian Gilbert mendakwa, tidak terdapat rekod bahawa mereka telah membinanya. Piramid itu bukan dibina oleh orang Mesir, sebaliknya ia dibangunkan dengan bantuan segerombolan makhluk asing dari angkasa lepas.

Struktur Dalaman Piramid

Struktur Dalaman Piramid

Seorang penulis Ancient Astronaut dan penterjemah penulisan Sumerian, Zecharia Sitchin juga menegaskan bahawa tulisan Sumerian menunjukkan makhluk asing telah memanggil Annunaki dari angkasa lepas untuk mengunjungi bumi dan mengajarkan manusia kemahiran bertukang. Seorang arkitek England, Ian Lawton menyokong kenyataan itu dengan berkata, piramid dibina sebagai ‘penanda tanah’ untuk Annunaki dan pelawat-pelawat asing mendarat ke bumi dari angkasa lepas.

Mereka mempertikaikan bagaimana mungkin manusia dahulu dapat membangunkan struktur yang begitu besar, mengangkat bongkah batu kapur seberat ribuan kilogram sehingga ke paras tertinggi 146 meter dan melicinkannya sehingga kilauan batu itu dapat dilihat walau jarak berbatu-batu jauh. Walhal, orang Mesir kuno pada saat itu dikatakan tidak memiliki pengetahuan dan alat untuk membina piramid tersebut.

Sedangkan percubaan sekumpulan saintis moden membina piramid menggunakan teknologi moden yang ada sekarang ini hanya berjaya menyiapkan 1/40, selepas 100 hari. Inikan pula ingin mengatasi usia pembinaan piramid asal yang mengambil masa selama 20 tahun.

Juga dipersoalkan bagaimana mereka menyukat ketinggian (481) piramid itu hampir tepat 1/1,000,000 jarak dari daripada bumi ke matahari (480.6 bilion kaki), mengukur dengan tepat garisan longitud dan latitud piramid yang terletak 31 darjah ke Utara dan 31 darjah ke Barat dengan sudut cerun tepi 52 darjah? Apakah semua itu secara kebetulan? Tidak.. Hakikatnya, mereka memang bijak pandai.

Menurut Pengamal Sains dari Universiti Nottingham, England, Martin Stower, mengatakan bahawa piramid itu sebenarnya telah dibina oleh orang Mesir Kuno yang diketuai oleh arkiteknya, iaitu Hemon sebagai makam Khufu dan bukannya dibangunkan oleh makhluk asing seperti yang didakwa. Spiritual terkenal Amerika yang juga pengamal Psikik terkenal dunia, Edgar Cayre (1887-1945), mengatakan piramid dibina oleh peradaban Mesir yang lebih maju. Kemudian rahsia itu disembunyikan di dalam ‘ruang rahsia’ di kaki depan Sphnix, sebelum ia hilang.

Wallahualam.

Energy Water PYRA Slim Cosmetics PYRA Cafe Vibration Oil

“BANGKITKAN KUASA DALAMAN ANDA. JADILAH MANUSIA
YANG BERJIWA BESAR DAN
BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: