Merdeka! Merdeka! Merdeka!

30 08 2009
Salam Kemerdekaan Malaysia Kali ke 52 Tahun

Salam Kemerdekaan Malaysia Kali ke 52 Tahun

31 Ogos
datang lagi
sekali lagi laungan MERDEKA
berkumandang di udara menggegar langit dan bumi tercinta

Namun…
tanah yang aku pijak ini
langit yang aku junjung ini
merdekakah ia ?

Aku lihat orang ramai berpusu pusu
berhimpun di serata tempat
di dataran, di padang, juga di disko
bersama sama melaungkan MERDEKA
namun…
merdekakah mereka ?

Sudah acap kali aku mendengar
laungan MERDEKA
namun aku masih tertanya
apakah itu MERDEKA ?

Apa sebenarnya yang dikatakan
M E R D E K A . . . ?
sekadar laungan kosong tanpa makna
menjerit memekik hingga hilang suara
terlompat terkinja, puas dengan pesta
dan kemudian terlantar lena
hingga terlepas solat subuh

Merdekakah mereka ?
merdekakah bumi bertuah ini ?
merdekakah aku ?

Kemerdekaan,
Hanya bererti kepada mereka yang
*memperjuangkan tanah air tercinta
*bergadai nyawa melawan hujan peluru
*menderita dibawah bendera penjajahan

seringkali tertanya
merdekakah kita
andai bangsa masih lagi serupa
andai remaja masih lagi alpa
andai fikiran masih ditakuk lama

sampai bila hendak merdeka
andai remaja tidak memikirkan bangsa
andai yang tua masih terus berjasa
tetapi yang muda berfoya-foya
lupa diri dan agama
hidup diluar batasannya..

sampai bila hendak merdeka
andai bangsaku menderita
di tanah tumpah darahnya
masih meminta-minta
pada bangsa lain yang gah agaknya

sampai bila hendak merdeka..
mungkin tiada jawapannya.
Tetapi..berdoalah kita
agar

MALAYSIA

sentiasa makmur dan sentosa
agar kita mendapat rahmatNya..
menjadi sebuah bangsa yang berjaya..
Negara yang terbilang, agama yang dijunjung…

Oleh : Atiq & Atika

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 52 buat semua warga PyraCosmic dan pengunjung laman DuniaTenagaPyraCosmic dimana sahaja anda berada – w@nzpyr@ 2009

Energy Water PYRA Slim Cosmetics PYRA Cafe Vibration Oil

“BANGKITKAN KUASA DALAMAN ANDA. JADILAH MANUSIA
YANG BERJIWA BESAR DAN
BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA”



Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: