Riadah Pernafasan

20 08 2009

Riadah Pernafasan merupakan gabungan teknik senaman dan pergerakan menggunakan kaedah Pernafasan dan Tenaga Dalam. Riadah Pernafasan juga dikenali sebagai Riadah Penyembuhan. Riadah Pernafasan mengajar anda teknik pernafasan yang betul dengan kaedah yang amat mudah. Sesuai untuk semua peringkat umur,  kanak-kanak sehingga yang tua. Amat selesa dilakukan di mana-mana pada bila-bila masa.

Riadah Pernafasan Bersama Dr Lothfi

Riadah Pernafasan Bersama Dr Lothfi

Program Riadah Pernafasan memberi kesan luar biasa dan sesuai untuk semua peringkat umur

Membuang segala unsur-unsur negatif dan tenaga-tenaga yang tidak baik dari dalam diri. Secara tidak langsung dapat membantu  Membuang segala masalah serta penyakit yang dihidapi. Doktor Perubatan dan ahli keluarga juga merupakan beberapa pelatih riadah pernafasan di Pyracosmic.

Menarik dan memasukkan tenaga alam/kosmik (tanah, air, api, angin) menggantikan unsur negatif yang telah dibuang menggunakan teknik pernafasan yang betul.

Riadah Pernafasan Bersama MHI, TV3

Riadah Pernafasan Bersama MHI, TV3

Melakukan regangan, ‘jurus’ dan teknik-teknik senaman yang berkesan dalam proses mendapatkan kesihatan yang baik. Amat mudah dan menyeronokkan. Tidak mengira darjat, keturunan dan usia. Tidak kira siapa anda, di PYRACOSMIC kita bagaikan sebuah keluarga. Jurulatih Aura Hikmah Sejati tekun memberi tunjuk ajar kepada Pelatih ‘junior’. Amat mengagumkan, kanak-kanak adalah diantara pelatih yang begitu cepat mahir dengan teknik yang diajar. Senaman ini selain dapat menyihatkan Minda, Tubuh, Rohani, Emosi dan Pernafasan, ia juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Anak-anak menjadi lebih berdisiplin dan menghargai diri sendiri.

Riadah Pernafasan : Exco Kerajaan Terengganu

Riadah Pernafasan : Exco Kerajaan Terengganu

Tanpa disedari, badan menjadi lebih sihat dan bertenaga, kulit menjadi lebih cantik, tulang menjadi lebih kuat dan minda menjadi lebih positif. Lebih ceria  dan cergas. Anda akan merasai perubahan yang amat ketara di dalam menjalani kehidupan dari hari kehari. Cubalah…hanya mereka yang melaluinya sendiri sahaja yang dapat menilai betapa berharganya program Riadah Pernafasan ini…

Kerana program ini dapat membuatkan anda merasa ‘release’ dan terhibur. Selain daripada perkongsian ilmu dan pengetahuan yang tidak dapat anda pelajari di tempat lain, Riadah Pernafasan juga secara tidak lansung mampu menjadikan anda ‘diri anda’ yang sebenarnya. Pengasas sendiri akan berkongsi pelbagai ilmu, kepakaran dan pengalaman beliau selama bertahun-tahun kepada pelatih. Cara beliau yang ‘bersantai’ dan diselang seli dengan jenaka, begitu berkesan dan disenangi semua.

Kini, Riadah Pernafasan lebih dikenali sebagai ‘Family Auting’ dikalangan pelatih-pelatih senior yang tidak melepaskan peluang membawa ahli keluarga masing-masing setiap minggu.  Tidak menghairankan pelatih-pelatih Riadah Pernafasan juga ada yang datangnya dari Sabak Bernam, Tg Karang dan tempat lain di luar Kuala Lumpur. Mereka yang tau bagaimana pentingnya program ini, akan memastikan diri mereka tidak ketinggalan menghadiri kelas setiap minggu. Jika mereka boleh, kenapa tidak anda. Cubalah luangkan dua jam  dalam seminggu atau sebulan hidup anda untuk bersama-sama mendapat kebaikan yang anda anda cari selama ini…INSYAALLAH

Riadah Pernafasan - Kementerian Penerangan

Riadah Pernafasan : Kementerian Penerangan

Mereka yang berminat mengikuti program Riadah Pernafasan ini, sila hubungi talian 03-80248553 (Pn. Rohana Ahmad) atau kunjungi 27-1, Jalan USJ 21/10, UEP Subang Jaya, Selangor (HQ) atau No 20, Hala Taman Meru 1, Taman Meru 2B, Ipoh, Perak (Cawangan Ipoh), tel: 05-5269985.

Riadah Pernafasan – Langkah Demi Langkahriadah02

riadah03

Energy Water PYRA Slim Cosmetics PYRA Cafe Vibration Oil

“BANGKITKAN KUASA DALAMAN ANDA. JADILAH MANUSIA
YANG BERJIWA BESAR DAN
BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA”


Tindakan

Information

One response

5 10 2009
What Is Pyra Quanta-Touch®? « ♥DuniaTenagaPyraCosmic♥

[…] (“chi”, “prana”) dengan menyatukan pelbagai kaedah pernafasan dan jurus pergerakan tubuh (Riadah Pernafasan). Apabila kedua-dua nya bergetar pada frekuensi berbeza, dan ini berpontensi mengetarkan keduanya […]




%d bloggers like this: