Piramid & Fokus

20 08 2009

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu bangkit dari tidur, hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskannya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur. “(HR Bukhari & Muslim)

Apabila anda sedang memfokuskan sesuatu perkara dalam minda, ini bermakna anda sedang membina satu piramid maya (virtual piramid) dalam diri anda. Sifat piramid ialah menarik segala tenaga yang di persekitarannya. Begitu jugalah yang berlaku apabila anda sedang memfokuskan sesuatu perkara, anda akan menarik segala tenaga yang berkaitan dengan fokus tersebut ke arah diri anda. Apabila anda menarik sesuatu tenaga ke arah diri anda, bermakna anda juga menarik jisim yang berkaitan dengan tenaga tadi ke arah anda. Ini adalah kerana tenaga tadi adalah jisim itu sendiri.

Fokus Dalam Meditasi

Fokus Dalam Meditasi

Oleh kerana tenaga itu bergerak ke arah anda, ini bermakna jisim tersebut sebenarnya sedang bergerak menuju ke arah anda; bukan anda yang bergerak menuju ke arah jisim itu. Sebagaimana halnya dengan piramid tadi, tenaga di sekelilingnya yang bergerak menuju ke arah piramid; bukan piramid yang bergerak ke arah tenaga di sekelilingnya. Ini juga bererti bahawa pada hakikatnya anda yang menunggu jisim yang terfokus itu datang kepada anda, bukan anda yang mengejar atau mencari jisim itu seperti mencari barang yang hilang!

Supaya jisim tersebut bergerak menuju ke arah anda, maka anda perlu lakukan tindakan yang boleh menyebabkan jisim itu datang kepada anda. Setelah melakukan tindakan itu, anda hanya perlu menunggu sehingga jisim itu sampai ke anda – tidak perlu mengharap kerana jisim itu pasti akan sampai kepada anda selagi anda masih memfokuskannya.

Oleh kerana anda tidak mengharap, maka anda tidak perlu terburu-buru atau saling bersaingan dengan sesiapa pun untuk mendapatkan jisim tersebut. Fokus hendaklah dilakukan secara berterusan dan konsisten sehingga mencapai amplitud (anda memperoleh jisim itu). Jika berlaku pada suatu masa anda rasakan seolah-olah jisim itu seperti akan sampai kepada anda tetapi terdapat banyak perkara yang menghalang , maka bersabarlah; ini kerana jisim itu datang bukan pada masa dan ruang yang tepat; maka ia belum amplitud lagi, bermakna ia masih belum menjadi hak milik anda lagi. Atasilah rintangan itu dengan sabar dan redha (frekuensi rendah) dan teruskan fokus sehingga jisim itu sampai kepada anda.

Ingat! Anda menunggu masa – bukan jisim. Jika anda menunggu jisim, maka jisim itu akan ‘mempermainkan’ anda; ia akan menjelma di hadapan anda kemudian lenyap semula; boleh jadi ia hanya akan berlegar-legar di sekeliling anda tetapi ia tidak akan mendatangi anda. Jika anda menunggu masa, ketahuilah ia akan tetap datang kerana fitrah masa memang sentiasa berdetik; lama-kelamaan ia pasti akan mendatangi anda!

MENGUASAI MASA ATAU DIKUASAI MASA

Jika seseorang itu menunggu sesuatu perkara dengan keadaan yang penuh gelisah dan mengharap, ini bermakna kita sedang dikuasai masa; segala memori akan dirakam dalam keadaan terbeban maka otot akan ,menjadi lemah, kulit akan mengendur – cepat tua. Jika seseorang ‘mengejar’ sesuatu impian, ia juga dikuasai masa dan masa yang tepat (tidak amplitud).

JISIM ABSTRAK DAN MASA

Jisim yang abstrak pada hakikatnya telah terkeluar atau tidak terikat dengan domain masa lagi. Apabila sesuatu jisim menjadi abstrak, maka masanya sudah tidak dapat ditakrifkan lagi. Jika jisim yang abstrak itu ingin dikuasai atau dimanipulasikan, ia perlu ditarik ke domain masa supaya ia wujud dalam bentuk pejal (solid). Untuk menarik jisim abstrak ke domain masa, perbezaan tekanan perlu diwujudkan di antara ruang jisim abstrak tadi dengan ruang di sekelilingnya. Sesuatu jisim boleh wujud dalam bentuk abstrak apabila ia berada di dalam ruang yang bertekanan rendah. Bila tekanan tinggi dikenakan di sekeliling ruang bertekanan rendah tadi maka fenomena mekanik bendalir akan berlaku; jisim abstrak tersebut akan ‘mengalir’ keluar atau masuk ke dalam ruang bertekanan tinggi dengan perubahan bentuk daripada abstrak kepada pejal. Fenomena inilah yang berlaku dalam proses mandi ais pada pesakit yang terkena santau atau memakai susuk.

RAHSIA SEGI TIGA

Salah satu bentuk yang biasa kelihatan ialah bentuk segi tiga. Sebenarnya ia bukan sekadar itu, malah mempunyai rahsia yang tersendiri. Segi tiga adalah rahsia bentuk dan tenaga. Semua unsur alam memiliki bentuk ini sama ada dalam bentuk itu sendiri atau tenaganya sahaja.

Rahsia segi tiga juga terkandung di dalam kekuatan angka 3, maknanya perbuatan, amalan, pemikiran dan sebagainya perlu dikaitkan dengan kekuatan angka 3. Pengaruh nombor 3 cukup meluas dan mendalam bagi mereka yang mengetahuinya.

RAHSIA PIRAMID

  1. Piramid adalah rahsia bentuk segi tiga yang mempunyai pemusatan di tengah-tengahnya.
  2. Di bahagian tengah piramid terdapat kesan wap-wap air sebagai tanda kepada tenaga hidrogen dengan atom 1.
  3. Piramid adalah rahsia nukleus sebagai pusat bagi tenaga. Susunan nukleus di dalam sel sebenarnya berbentuk piramid.
  4. Piramid adalah rahsia alam semula jadi yang wujud pada diri manusia.
  5. Piramid adalah rahsia tiada permulaan dan tiada kesudahan (penghujung).
  6. Tenaga di dalam piramid adalah suatu bentuk tenaga yang berulang-ulang dengan rahsia halaju bunyi di dalam ruang dan masa yang sama.

Energy Water PYRA Slim Cosmetics PYRA Cafe Vibration Oil

“BANGKITKAN KUASA DALAMAN ANDA. JADILAH MANUSIA
YANG BERJIWA BESAR DAN
BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: