Manusia & Tenaga Piramid

20 08 2009

Memang benar hidup ini diuji dengan dugaan dan ranjau berduri. Namun jika kita telah bersedia dengan TENANG, SABAR, IKHLAS & REDHA, yang pahit itulah penawar rupanya. Semakin diuji semakin terasa nikmatnya pula.

Teknologi Mesir Kuno

Teknologi Mesir Kuno

Bagi diri manusia, pusat tenaga yang telah dikenal pasti ialah di perut. Di situ adalah terkandungnya hidrogen (air) sebagai pusat atom terkecil. Oleh itu perut juga wujud tenaga piramid apabila semua tenaga warna daripada sumber-sumber makanan dan persekitaran ditukar kepada cahaya dan dikumpulkan atau ditumpukan di bahagian tengah perut. Penyerapan tenaga ini berlaku secara berulang-ulang sehingga mewujudkan segala getaran frekuensi yang sama pada ruang dan waktu yang sama. Di dalam tubuh terbentuk piramid dengan spektrum tujuh warna yang diukur melalui meridian yang berbeza mengikut organ dan tingkatannya. Oleh itu, akan terdapat kesan wap air (ringan) pada pusat tenaga sebagai suatu punca kepada tenaga yang berkuasa. Pengumpulan tenaga ini seharusnya berlaku pada dua keadaan iaitu ketika tidur atau sedar. Ketika tidur selepas mengambil makanan pada waktu tengah hari, penumpuan sebenarnya berlaku iaitu di perut apabila wujudnya segi tiga piramid ini. Pengumpulan tenaga berlaku sebagai suatu bentuk proses mencari semula tenaga atau piramid yang hilang dan kemudian mewujudkan semula spektrum tujuh warna yang lengkap di dalam tubuh. Pada waktu tengah hari, warna kuning amat memainkan peranan dalam keseimbangan tubuh untuk pergerakan fizikal. Pada ketika itu tenaga warna kuning dihasilkan melalui pemusatan tenaga di dalam perut dan ini amat berfungsi untuk merawat penyakit-penyakit berkaitan warna kuning seperti jaundis, hati dan sebagainya.

Gangguan keseimbangan di bahagian pusat tenaga akan mencipta psikologi kekeliruan kerana penumpuan yang telah terjejas. Spektrum warna yang terbentuk tidak seperti pada keadaan asal atau ketepatannya. Akibatnya beberapa keputusan di luar jangkaan juga terhasil seperti kedengkian, kebencian dan sebagainya. Inilah sebabnya kita begitu menyedari bahawa kesan-kesan psikologi yang terbit daripada pematuhan sunnah rasulullah SAW tidak lagi dapat dinafikan kebenarannya. Kita sebenarnya mencari dan menggunakan tenaga daripada Al-Quran dan Sunnah.

Ketika tidur sebelum tengah malam pula, pemusatan juga berlaku apabila kegelapan di alam persekitaran mewujudkan tenaga piramid di dalam perut yang kemudiannya diproses menjadi suatu tenaga yang akan digunakan oleh bahagian otak. Oleh kerana tidur di waktu ini adalah tidur kerohanian, maka tenaga piramid yang terwujud adalah untuk kerohanian manusia. Kegelapan di persekitaran akan mewujudkan tenaga yang amat diperlukan oleh kerohanian sebagai pembentuk imej dalaman yang bercahaya dan kekal yang terhasil daripada penumpuan yang tepat. Tidur yang sebegini sebenarnya berlaku suatu keadaan di mana otak akan sentiasa bekerja iaitu berimaginasi. Keadaan dengan frekuensi yang sangat rendah juga dapat dikesan ketika ini dan seterusnya mencipta perlindungan diri daripada gangguan tenaga gelombang jarak jauh yang agresif dan merosakkan sistem tubuh. Oleh itu berimaginasilah kepada suatu kebaikan dan ulangi berkali-kali berserta dengan penumpuan sehingga kita tertidur. Sebagai meningkatkan keupayaan, ambillah madu sebelum tidur kerana ia mencetuskan metabolisme bukannya pencernaan supaya otak akan bekerja dengan berimaginasi.

Daripada penjelas di atas, kita dapat melihat apabila tidur, piramid tenaga terbentuk di dalam tubuh manakala ketika sedar tenaga piramid seharusnya berada di luar tubuh yang pemusatannya tetap di perut. Penumpuan atau fokus kepada sesuatu yang dibayangkan (imaginasi) akan wujudkan tenaga piramid di luar tubuh. Adakah kita melihat sebenarnya apabila di dalam piramid tiadanya istilah tidur itu? Kerana tenaga piramid wujud hanya di dalam keadaan sedar atau hidup sahaja. Tiada tenaga piramid wujud hanya di dalam keadaan sedar atau hidup sahaja. Tiada tenaga piramid apabila tubuh telah mati. Namun suatu perkara yang pasti apabila manusia mempunyai daya tumpuan atau fokus dan dikekalkan secara berulang kali dengan tenaga pemusatan maka akhirnya menjadi kenyataan.

Penumpuan pada suatu ketika haruslah kepada satu tujuan kerana pemusatan mestilah berdasarkan kepada satu titik sahaja. Dan pemusatan di bahagian pusat tenaga juga akan menghasilkan wap-wap air yang begitu berkuasa tenaganya sebagai rahsia penciptaan. Tenaga piramid sebenarnya mencipta sesuatu yang dinamakan hakikat menjadi makrifat. Kita memahami rahsia piramid apabila terdapatnya tenaga daripada pemusatan yang menghasilkan wap-wap air yang digunakan oleh firaun untuk menyimpan mayatnya supaya tidak reput namun inilah sebagai satu tanda untuk mereka yang berfikir. Dan lihat bagaimana pati bunga aromaterapi diletakkan di dalam kotak piramid sebagai mengekalkan keseimbangan kandungannya kerana ia juga mempunyai nukleus yang harus dielakkan daripada pengaruh luar.

Oleh yang demikian manusia sepatutnya mempengaruhi atau menguasai persekitaran atau luarannya sebagai keseimbangan dirinya. Ketika ini terwujudlah piramid yang mengawal keadaan sekelilingnya, bukan persekitaran yang mengawal manusia. Rahsia penciptaan piramid adalah rahsia penciptaan semula jadi yang sebenarnya wujud dalam setiap diri manusia. Ia adalah rahsia tenaga yang tiada awal permulaan dan tiada pula kesudahannya. Suatu tenaga yang berlaku berulang-ulang dengan ukuran, warna, cahaya dan bunyi yang sekata di dalam ruang dan masa yang sama. Maka masa juga adalah suatu rahsia penumpuan dengan tenaga piramid. Sebagai suatu usaha untuk mendapatkan tenaga piramid apabila berlaku pencemaran atau hilang keseimbangan, maka sembahyang dengan pergerakan dan ketetapan pengulangan mengikut masa yang ditetapkan adalah paling tepat. Berlakulah penumpuan pada sesuatu yang selari dengan “kesedaran” yang dikehendaki atau dihajati melalui isyarat niat.

Waktu tengah malam adalah penting sebagai penumpuan di dalam piramid. Pada waktu itu warna yang menguasai alam ialah warna putih yang akan mewujudkan sesuatu yang diniatkan. Selain itu mandi ais atau hidroterapi ais juga akan mengembalikan tenaga piramid yang diperlukan oleh tubuh sebagai rahsia keharmonian dan keseimbangan.

Energy Water PYRA Slim Cosmetics PYRA Cafe Vibration Oil

“BANGKITKAN KUASA DALAMAN ANDA. JADILAH MANUSIA
YANG BERJIWA BESAR DAN
BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: