Tenaga Julang Langit

19 08 2009
Tenaga Julang Langit

Tenaga Julang Langit

TENAGA PIRAMID

Tenaga Piramid merupakan bentuk tenaga mistik yang masih lagi dikaji oleh penyelidik mengenainya. Namun telah ramai yang menggunakan tenaga tersebut dan terbukti keberkesanannya. Pengunaan tenaga ini tidak dikaitkan dengan sebarang amalan keagamaan kerana ia bersifat semulajadi dan universal. Percaya atau tidak tentang keupayaan tenaga Piramid ini adalah bergantung sejauh mana anda dapat menggunakan tenaga ini mengikut kaedah yang ditunjukkan. Ingat, piramid tidak berkuasa tetapi tenaga yang ada di dalamnya adalah anugerah Allah untuk kita, sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menggunakannya.

Tenaga yang terdapat di dalam binaan Piramid hanya merujuk kepada tenaga , daya dan kuasa yang terdapat di alam semesta ciptaan Allah . Ia sama seperti tenaga tenaga lain yang diketahui oleh sains seperti tenaga cahaya, mekanikal, bunyi, cahaya dan sebagainya. Bezanya Cuma sains moden tidak mengiktiraf tenaga piramid sebagai satu tenaga dalam erti kata sains moden kerana para saintis tidak dapat menjelaskan mengapa terdapatnya kuasa di dalam binaan piramid atau mengapa tenaga dan daya dapat disalurkan dan dikumpulkan dengan hanya menggunakan sebuah piramid.

Struktur Dalaman Piramid

Struktur Dalaman Piramid

Secara saintifiknya, bahagian tajam atau runcing yang menghala ke atas akan menarik ion-ion atau tenaga dari atmosfera sebagaimana bahagian tajam yang dipasang di atas bumbung struktur tinggi untuk menarik pancaran kilat ke bumi. Bahagian di bawah bentuk tajam atau runcing pula akan mengumpulkan tenaga yang berada di bawahnya sebagaimana terdapatnya kebocoran di lapisan ozon tertentu di atmosfera kerana bahagian tersebut merupakan bahagian yang meruncing berbanding bahagian lapisan ozon yang lain.

Kesimpulannya struktur binaan piramid akan menarik tenaga dari alam ini dan mengumpulkannya di dalam binaannya serta akan dipancarkan ke empat penjuru mengikut penjuru yang ada pada binaan piramid. Pancaran tenaga itu tidak dapat berbuat apa apa kecuali difokuskan dengan penggunaan minda kita yang juga merupakan sebahagian daripada pancaran gelombang yang boleh diubahsuai mengikut keadaan. Sebagai contoh, pancaran cahaya matahari tidak dapat membakar kecuali kita menggunakan kanta untuk memokuskan pancaran menjadi terkumpul dan membakar objek yang disinarinya.

Dengan menghalakan diri anda kepada piramid yang terdapat di Mesir atau di mana mana sahaja di alam ini, atau ke permukaan piramid yang anda bina sendiri (daripada kadbod), akan berlakulah perkara-perkara yang mengagumkan serta dapat menyelesaikan masalah kehidupan anda.


KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN

Barang dan objek yang diletakkan di dalam piramid akan :-

  1. Mengekalkan warna bunga ros
  2. Mengekalkan ketajaman pisau cukur
  3. Mengering dan mengekalkan bentuk serta buah epal
  4. Mengekalkan kilauan barang – barang perhiasan
  5. Mengekalkan kesegaran susu segar dalam masa yang lebih panjang
  6. Membantu perkembangan pokok
  7. Meningkatkan rasa / aroma kopi dan jus buah buahan
  8. Mengeringkan daging dan makanan mentah tanpa mngubah rasanya
  9. Meningkatkan kualiti tidur dan rehat
  10. Meningkatkan daya penyembuhan penyakit
  11. Memudahkan proses meditasi dan menenangkan fikiran

Energy Water PYRA Slim Cosmetics PYRA Cafe Vibration Oil

“BANGKITKAN KUASA DALAMAN ANDA. JADILAH MANUSIA
YANG BERJIWA BESAR DAN
BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA”


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: