Pyramids In China?

6 10 2009

THE introduction of pyramids in China to popular attention came in two stages. Many early stories were focused on the existence of “Great White Pyramid.” U.S. Army Air Corps pilot James Gaussman is said to have seen a white jewel-topped pyramid during a flight between India and China during World War II. Colonel Maurice Sheahan, Far Eastern director of Trans World Airlines, told an eyewitness account of his encounter with a pyramid in the March 28, 1947 edition of The New York Times. A photo of Sheahan’s pyramid appeared in The New York Sunday News on March 30, 1947. This photograph later became attributed to James Gaussman. Chris Maier showed that the pyramid in the photo is the Maoling Mausoleum of Emperor Wu of Han, just outside of Xi’an. Alternative writers such as Hartwig Hausdorf (who speculated it was built by aliens) and Phillip Coppens did much to bring them to public attention.

The so-called pyramids of China are actually ancient mausoleums and burial mounds. About 38 of them are located around 25 kilometres (16 mi) – 35 kilometres (22 mi) north-west of Xi’an, on the Qin Chuan Plains in Shaanxi Province. The most famous is the Mausoleum of the First Qin Emperor, North-east of Xi’an and 1.7 km west of where the Terracotta Warriors were found. Google Earth clearly shows many of them and includes Panoramio photographs of many. They have flat tops, and thus are more similar in shape to the Teotihuacan pyramids north-east of Mexico City, Mexico than to the pyramids in Giza, Egypt. Although known in the West for at least a century, their existence has been made controversial by sensationalist publicity and the problems of Chinese archaeology in early 20th century.

The Xi'an Pyramids

The Xi'an Pyramid

Despite claims to the contrary, the existence of these pyramid-shaped tomb mounds was known by scientists in the West before the publicity caused by the story in 1947. Shortly after the New York Times story, Science News Letter (now Science News) published a short item saying “The Chinese pyramids of that region are built of mud and dirt and are more like mounds than the pyramids of Egypt, and the region is little travelled. American scientists who have been in the area suggest that the height of 1,000 feet (300 m), more than twice as high as any of the Egyptian pyramids, may have been exaggerated, because most of the Chinese mounds of that area are built relatively low. The location, reported 40 miles (64 km) southwest of Sian, is in an area of great archaeological importance, but few of the pyramids have ever been explored.” Victor Segalen visited China in 1913 and wrote about the First Emperor’s tomb (and other mound tombs in the region) in Mission Archeologique en Chine (1914): L’art funeraire a l’epoque des Han.

Piramid Putih di China

Piramid Putih di China

KISAH piramid di negara China timbul pada tahun 1945 apabila seorang juruterbang Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat: James Gaussman, terserempak dengan sebuah piramid putih ketika beliau sedang dalam penerbangan dari China ke India.

Katanya, “Saya terpaksa membelok ke kiri untuk mengelak banjaran bukit dan selepas itu muncul di hadapan saya, sebuah dataran yang lebar. Di situ saya terlihat sebuah piramid gergasi berwarna putih. Ia mungkin diperbuat daripada logam atau batu marmar. Akan tetapi apabila saya terbang lebih dekat lagi, saya dapati ia diperbuat daripada ‘capstone’ sejenis batu hiasan kristal. Saya ingin mendarat tetapi tiada lapangan tanah yang cukup luas atau panjang untuk saya berbuat begitu.”

Sekembalinya ke New York, Amerika Syarikat, penemuan itu segera diwar-warkan ke pengetahuan akhbar New York Times dan sebuah berita mengenainya tersiar pada 28 Mac 1947. Reaksi daripada berita itu membuatkan Kolonel Maurice Sheahan, Pengarah Trans World Airlines, mengesahkan tentang penemuan itu dimana dia juga terjumpa sebuah piramid gergasi 40 batu di Tenggara Xi’an – China.

Xian : Wilayah Piramid

Xi'an : Wilayah Piramid

Pada satu sumber teks mengatakan, piramid terbesar di dunia berada di Daerah Qin Lin: Zon Larangan Negara China. Ia dianggarkan 1000 kaki tinggi dan diperbuat daripada tanah padat. Bagaimanapun Kerajaan China menafikan kewujudannya. Malah 100 lagi piramid lain turut menerima nasib yang sama.

Walaupun begitu, aktiviti pelancongan ke kawasan makam Xi’an yang terkenal dengan askar tanah liat Terracota yang berusia lebih 1000 tahun, masih mengiktiraf piramid kerana makam itu terletak di salah sebuah piramid yang dimaksudkan ini.

Piramid terbesar terletak pada makam Maharaja Pertama China, bernama Shih Huang-Ti pada tahun 221 Sebelum Masihi. Baginda menaiki takhta selepas berjaya menyatukan semua wilayah di China yang selalu berperang sesama sendiri.

Pada beberapa teks sejarah lama China ada menceritakan perihal Maharaja Shih Huang-Ti. Baginda merupakan seorang maharaja yang mempunyai pelbagai teknologi yang canggih. Antaranya ialah cermin ajaib. Ia memang magis kerana mampu memancarkan imej organ dalaman manusia termasuklah tulang. Sekali imbas fungsinya sama seperti mesin X-Ray sekarang ini.

Menurut sebuah cerita lagenda, angkatan perang Shih Huang-Ti juga mempunyai teknologi senjata api yang canggih diwaktu itu. Senjata ini mampu menggempur kubu musuh dan menawannya dalam sekelip mata. Maharaja Shih Huang-Ti juga seorang Jeneral perang yang handal dan mampu terbang di udara.

Terracota Face

Wajah-Wajah Terracota

Selepas manyatukan Wilayah China menjadi sebuah Empayar yang besar, Maharaja Shih huang-Ti mengarahkan rakyatnya membina sebuah kompleks makam untuknya sebelum baginda menaiki takhta sebagai Maharaja pertama China. Kompleks yang dibina itu seperti sebuah mahligai yang lengkap dengan kuil, kuarters menteri-menteri dan juga Rejimen Askar Patung Terracota yang berjumlah 10 ribu buah. Penemuan askar patung ini pada tahun 1970-an telah menarik pengkaji untuk merungkai misteri Lagenda Shih Huang-Ti.

Askar Terracota

Askar-Askar Terracota

Apa yang menjadi tanda tanya dan misteri hingga sekarang adalah: Bagaimana ukiran askar patung ini mempunyai raut muka yang unik dan pakaian yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Malah senjata besi dan logam yang dipegang mereka juga masih tajam dan tidak berkarat. Apakah teknologi membuatkan semua peralatan ini mampu kekal beratus tahun? Di manakah rahsia mereka?

Bermula dengan persoalan ini, pakar arkeologi khususnya daripada barat membuat kajian terhadap askar patung dan juga manuskrip-manuskrip lama yang menceritakan perihal kerajaan Shih Huang-Ti. Hasil penyelidikan itu, mereka mendapati Mahligai makam itu tidak ubah seperti versi kecil empayar China dengan air merkuri mengalir seperti sungai, mata berlian bertaburan, dinding dipenuhi dengan berlian seakan mirip bintang-bintang di langit serta obor api yang boleh menyala beribu tahun.

Bagi Guo Zhikun, pakar sejarah Zaman Dinasti Qin dan Han mengatakan kompleks makam ini terdiri daripada dua bahagian. Pertama anak bukit yang tertimbus ke atas kubur maharaja itu dan kedua istana bawah tanah, tempat keranda baginda tersimpan. Rekod sejarah mencatatkan bahawa Makam Shih Huang-Ti berketinggian 115 meter dengan lebar 2000 meter. Justeru, proses luluhawa telah menyebabkan piramid makam ini berketinggian 1400 meter dengan luas tapaknya 120,750 meter persegi.

Lokasi Piramid Di China

Lokasi Piramid Di China

Sejak penemuan piramid-piramid dan patung askar-askar Terracota pada tahun 1940 hinggalah 1970-an, kerajaan China telah menafikan kewujudannya dan menyorokkan beberapa piramid tersebut dengan tanah bagi menyerupai bukit biasa.

Sampai hari ini, kerajaan China belum lagi memberi kebenaran untuk saintis dan ahli arkeologi menggali ke dalam makam Maharaja Shih Huang-Ti kerana khuatir ia akan merosakkan isi kandungan makam itu. Oleh itu, para saintis hanya diberi kebenaran untuk menyelidik di sekitar makam dan juga menggali lubang kecil bagi kamera fiber-optik mengintai masuk ke dalam makam tersebut. Diantara penemuan itu ialah gambaran yang seakan merupakan patung wanita menari yang diperbuat daripada gangsa dan berlian.

Pada bulan Februari 2009 ujian tanah telah dijalankan oleh saintis China. Keputusan ujian itu menunjukkan konsentrasi bahan logam merkuri yang agak tinggi. Ini memperkukuhkan lagi lagenda sungai merkuri di makam tersebut. Sampai sekarang para saintis dan pakar arkeologi terus menantikan keputusan kerajaan China untuk mendapatkan kebenaran meneroka dengan lebih mendalam lagi bagi mengungkai misteri Shih Huang-Ti yang dikaitkan sebagai seorang makhluk asing dari angkasa lepas???

Sumber : Wikipedia en.wikipedia.org/wiki/Chinese_pyramids | INFINITI oktober 2009

Energy Water PYRA Slim Cosmetics PYRA Cafe Vibration Oil

“BANGKITKAN KUASA DALAMAN ANDA. JADILAH MANUSIA
YANG BERJIWA BESAR DAN
BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA”

About these ads

Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: